Sunday, August 14, 2011

Ape itu kehidupan??....







Semua orang tau apa itu kehidupan kan??
kalau tak tahu g masuk tadika balik...
hahahahah(ade kene mengena ke?)..bagi aku la kan kehidupan ini
sangat bermakna kalau hidup kite diberkati oleh Nya
dan dikurniakan ibu-bapa yang mengambil berat,
kawan-kawan yang saling memahami dan seorang kekasih
yang sanggup bersusah senang dengan kite(jiwang lak aku)...

Saban hari kite selalu lihat ada insan yang mempunyai kehidupan yang ceria dan
bahagia...tidak semestinya kita mempunyai wang,harta benda itu boleh 
menjamin kita bahagia dan tidak semestinya jugak
kalau kita tidak mempunyai harta benda di dunia ini
kita tidak akan kecapi kebahagian

Tuhan sudah ciptakan bangsa manusia semua dengan akal
supaya kite lebih mengenali erti kehidupan ini..
ingat lah wahai rakan-rakan ku semua...
hidup kita ini hanya sekali...
so kita mesti la enjoy dengan ape yang telah tuhan berikan
tidak kira lah ketika waktu itu kite dilanda kesusahan atau 
dugaan yang besar...

alhamdulilah setelah dugaan dan masalah-masalah yang menimpa aku selama ini
sehingga membuatkan aku tidak mampu untuk bangkit semula
ini semua kerna dorongan dan sokongan dari DIA
yang tidak berputus asa menyokong dan memberi
semangat supaya aku bangun balik dari masalah ini..

So korang hargai la apa jua yang korang ada ketika ini dan jangan
lah berputus asa untuk mengenali kehidupan ini dengan cara masing2 ok
huh penat aku menaip panjang-panjang ni...
sila la rajin-rajinkan tangan anda tu untuk tinggalkan
komen yew >_< .Selamat Malam!!


***Terima Kasih membaca bebelan aku sampai habis***


No comments: