Tuesday, August 16, 2011

~~sebab buku muka aku bercerai~~

Jangan terperanjat beruk+terguling-guling korang bace entri ni...
aku masih belum berkahwin ok..so tak ade istilah cerai berai dalam hidup aku..

Yang aku peliknya mengapa dan kenapa ramai orang terutamanya perempuan dan lelaki(ceh!..gaya macam ade jantina lain jew) suke sangat meluahkan perasaan tidak puas hati kat pasangan masing2 diruangan "WALL"

Ada yang tulis "kenapa lah kau xbahagiakan aku","kenapa lah aq kenal dgn kaw!",kenapa la aq berkawin dengan kaw!"..~ini adalah contoh2 luahan yang sering kedengaran di ruang "WALL"...

Korang semua sedar atau tidak apa yang korang tulis tu boleh menyebabkan "kehadiran" orang ke 3??..korang punya Ex bf la, Ex gf la ape benda lah kan baca status korang tu..lepas tu bermula la babak "usha" balik ala-ala cerita hindustan tu.hahahahaha...Korang yakin insan-insan seperti itu tidak akan membuat apa yang telah aku cerita ni?....

Aku rase "YE!" sebab aku pun telah terkene macam tu..hahahahaha...tolong lah kalau korang rase tak puas hati ke korang sedih ke sila la bawak bincang..jangan jadikan laman sosial tempat luahan korang..Setiap kali aku baca Harian Metro mesti ada kes kecurangan disebabkan Facebook(FB)...naik muak aku..kang dah kene sepak terajang,baling kuali,simbah asid baru korang nak sedar..korang pernah fikir x apa yang menyebabkan perkara itu berlaku????....so bak kata nabil raja lawak "LU FIKIR LA SENDIRI"


***Terima Kasih membaca bebelanku ini sampai habis***

Monday, August 15, 2011

Aku pelik la dengan kaw ni!

Biler aku online buku muka(FB) jew mesti terpampang dekat top news wall aku pasal status kaw!..
bukan aku nak jeles kaw tulis macam tu..memang la kaw ade hak nak tulis ape2 pun kisah kat wall kaw tu..
tapi xpayah la pasal benda yang sama makcik oii!!!...

Aku kesian tengok kaw...tu la dulu kawan aku bukan main terhegeh2 dekat kaw,dia layan kaw ibarat bidadari tersesat di bumi ni...kaw sia2kan dia..kaw main-mainkan dia...sampai dia kecewa betul..kaw tau kan kaw la cinta pertama dia(pergh ayat!)..tapi kenapa kaw xpernah hargai apa yang dia lakukan??..dia xpernah pun tinggikan suara dia kat kaw pun !..

Aku nasihat ni bukan sebab aku ni "PERFECT" sangat..tapi atas dasar kesian kat member jew..
tengok sekarang apa yang engkau da rase??..pedih kan??..lara kan?...ha tengok apa lelaki yang kaw pilih tu dah buat dekat kaw?..lelaki yang konon-kononnya memahami kaw!..

ingat lah wahai makhluk allah..hargai la insan yang melayani korang dengan penuh kasih sayang,"jangan tinggalkan orang yang sayang kita kerna ingin bersama dengan orang yang kita sayang"

***Terima Kasih kerana membaca bebelanku ini sampai habis***

Sunday, August 14, 2011

Ape itu kehidupan??....







Semua orang tau apa itu kehidupan kan??
kalau tak tahu g masuk tadika balik...
hahahahah(ade kene mengena ke?)..bagi aku la kan kehidupan ini
sangat bermakna kalau hidup kite diberkati oleh Nya
dan dikurniakan ibu-bapa yang mengambil berat,
kawan-kawan yang saling memahami dan seorang kekasih
yang sanggup bersusah senang dengan kite(jiwang lak aku)...

Saban hari kite selalu lihat ada insan yang mempunyai kehidupan yang ceria dan
bahagia...tidak semestinya kita mempunyai wang,harta benda itu boleh 
menjamin kita bahagia dan tidak semestinya jugak
kalau kita tidak mempunyai harta benda di dunia ini
kita tidak akan kecapi kebahagian

Tuhan sudah ciptakan bangsa manusia semua dengan akal
supaya kite lebih mengenali erti kehidupan ini..
ingat lah wahai rakan-rakan ku semua...
hidup kita ini hanya sekali...
so kita mesti la enjoy dengan ape yang telah tuhan berikan
tidak kira lah ketika waktu itu kite dilanda kesusahan atau 
dugaan yang besar...

alhamdulilah setelah dugaan dan masalah-masalah yang menimpa aku selama ini
sehingga membuatkan aku tidak mampu untuk bangkit semula
ini semua kerna dorongan dan sokongan dari DIA
yang tidak berputus asa menyokong dan memberi
semangat supaya aku bangun balik dari masalah ini..

So korang hargai la apa jua yang korang ada ketika ini dan jangan
lah berputus asa untuk mengenali kehidupan ini dengan cara masing2 ok
huh penat aku menaip panjang-panjang ni...
sila la rajin-rajinkan tangan anda tu untuk tinggalkan
komen yew >_< .Selamat Malam!!


***Terima Kasih membaca bebelan aku sampai habis***


Tahniah Datuk Lee Chong Wei..hebat kaw!

Peeerrrrgghhhh!!!...hebat dan tangkas permainan kaw Datuk...
dengan pantas kaw boleh tempis "smash" Lin dan 
hahaha...gempak giler kat Steven tadi...
ramai orang memenuhi restaurant itu untuk melihat Datuk Lee Chong Wei
menang...Sudah semestinya seluruh rakyat malaysia 
menyaksikan perlawanana
yang dianggap sengit ini
tapi sayang....Datuk kalah tipis dengan lawannya yang 
di anggap "badi"..

Tapi syabas datuk.walaupun kaw kalah..tetapi kaw tidak kalah dalam 
berjuang..adat la permainan..
Kalah Menang tu asam garam dalam dunia sukan
Cube lagi datuk untuk merampas piala itu dari Lin Dan.
Pecahkan tembok "badi" itu ok...



***Terima Kasih membaca entri ini sampai habis***