Friday, July 29, 2011

Ahad ni syaitan akan kerja keras!

Nak tau kenape?...
sebab dah nak puasa la cik gayah oi....
hehehe....pejam celik tak lame lagi Ramadhan akan menjelma
so mase untuk kite TOPUPkan pahala la pak dolah oi..

So kepada pembaca2 dan pengikut blog aku ni
aku ucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak
dan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran
dan ketakwaan....

Mari la kite same2 mengikut panduan dibawah ini >_<


***Terima kasih membaca entry ini sampai habis***

Aku sudah TUA!!!

Pejam celik dah 21tahun aku hidup didunia ciptaan tuhan ni..
29.07.2011 tarikh aku dilahirkan di muka bumi ini
pada tepat jam 3.00pm di Hospital Segamat(sekarang hospital da jadi poliklinik) >_<
walaupun harijadi aku tidak disambut dengan meriah tapi
aku bersyukurr sangat tuhan beri aq peluang untuk menghirup oksigen yang telah
diberikan percuma oleh Nya.

bagus kim..so kaw da tua la..hahahahaha(kutuk diri sendiri)
banyak lagi cabaran dan perjalanan yang aku perlu tempuhi sepanjang aq hidup ni...

HAPPY BIRTHDAY ABDUL HAKIM SULAIMAN!!!

***Terima kasih membaca entri ini sampai habis***

Saturday, July 9, 2011

TUNTUTAN Ambiga!


1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.



Aq ragu2 statement yang dikeluarkan oleh para blogger2 tentang isu ini..tiada hitam putih yg tunjukkn secara jelas tntg tuntutan tu...dan lg satu jika benar ambiga buat tuntutan tu itu kerana ambiga berpendapat bahawa apa yg dituntutnya itu tidak menjadi kesalahan dalam perundangn di malaysia...ini kerana jika tidak terdapat lompang didalam sistem perundangn dan tiada pertindihan kuasa antara mahkamah sivil dan syariah mengenai org islam sudah pasti permasalahan ni tak timbul...pendek kata jika dr awal kerajaan telah menyediakan satu perundangn bersepadu yg konkrit sudah pasti tuntutan2 sebegini takkn berlaku kerana tiada lompang dan cacat celanya...kerajan yg bt undang2 untuk rakyat...dan tugas seorg peguam adalah menegakkn keadilan berlandaskan undang2 tersebut...dan jika terdapat lompang, pertindihan bidang kuasa dalam perundangn ini yg membawa pertikaian n tuntutan sebegitu...tambahan lagi ambiga adalah bukan muslim yg tidak begitu mengerti mengenai perundangn islam dan dia merasakan undang2 malaysia tidak melarang tuntutan sedemikian...jadi siapa yg salah sebenarnya...Berkaitan BERSIH ia secara nyata adalah untuk menuntut pilihanraya yg beraih dan adil...dan semua golongn penyokong bersih berpegang berpegng kepada tuntutan itu...bersih pernah dijalankan sebelum ini tanpa sebarang masalah dan tiada pula melayu islam yg menyokongnya jd murtad atau menyisihkan agama...jd kesimpulannya kita sebagai muslim mampu berfikir secara rasional dan sokongn kita terhadap bersih adalah untuk menuntut keadilan dan demokrasi serta hak rakyat...bukan memperjuangkan s ambiga...itu kita perlu paham...segenap rakyat malaysia yg berkumpul bersama2 hr ini adalah untuk menuntut demokrasi dan hak mereka...ambiga hnya seorg dan dia telah diserang melalui sentimen peribadi dgn mengaitkannya dengn seluruh agenda bersih supaya ia nampak terpesong...tapi buktinya kita nampak hari ini adakah mereka semua bersatu atas dasar perkauman mahupun keagamaan...??tidak...semu​a berkumpul demi hak rakyat demi suara rakyat yg ketandusan saluran...negara kita negara islam, berpelembagaan untuk meminda undang2 berkaitan agama dan kenegaraan memerlukan majoriti 2/3 dr sokongn ahli parlimen...jd tiada apa yg nak ditakutkan kerana itu hnya dakwaan kerajaan yg tidak berasas untuk mngagalkn agenda bersih dan memupuk kebencian rakyat...supaya rakyat berpihak kpda mereka dan mengukuhkn kembali kuasa mereka yg dah dihujung tanduk tu...semuanya propaganda semata2...kerajaan terlalu bnyak mmbuat provokasi liar dan fitnah terhadap rakyat sehingga sesuatu yg tidak ada pn diada adakan...hri ini telah terbukti...dan kita fikir2kn lah...

Benarkah PERDANA MENTERI kite belanja kan wang Rakyat untuk Lawatan Rasmi??

Antara tugas-tugas Perdana Menteri adalah membuat lawatan rasmi Perdana Menteridan bertemu pemimpin-pemimpin dan ketua negara-negara yang lain, bagi mengembangkan usahasama di antara kedua belah negara.

Seperti yang anda maklum juga, apabila Perdana Menteri membuat lawatan rasmi, pastinya akan melibatkan perbelanjaan yang besar. Anda semua nak tahu berapa jumlah perbelanjaan yang digunakan Perdana Menteri, dari bulan Januari 2011-Jun 2011? Lihat gambarajah di bawah.


Laporan menunjukkan Perdana Menteri, membelanjakan RM5.43 juta dari bulan Januari hingga Jun 2011. Kalau kita lihat, gaji bulanan Perdana Menteri ialah RM22,826.65 sebulan. Namun beliau menghabiskan lebih RM 900 ribu atau lebih 40 kali ganda gajinya setiap bulan sejak Januari tahun ini untuk lawatan.


Apabila ianya melibatkan tugasan negara, pastinya kantung kerajaan yang akan digunakan. Perbelanjaan yang digunakan oleh Perdana Menteri, kalau nak dibandingkan dengan perbelanjaan Presiden U.S.A, Barrack Obama, jauh panggang dari api.
Namun, apa yang menjadi persoalannya, apakah perbelanjaan untuk lawatan rasmi ini telahpun dapat menghasilkan perubahan dalam ekonomi dan juga perkara-perkara berkaitan yang lain? Berikan pendapat anda?
P/s : artikel ini aq copy dari Beritasemasa.com untuk tontonan anda semua >_<