Saturday, June 25, 2011

KENTUT paling MAHAL di dunia

Entry aku pagi2 bute ni pasal KENTOT.
ape la ko ni kim, pasal kentot pun ko nak cerita
tergelak2 aq bace artikel ni kat sebuah majalah

"Goran Andervas seorang juruteknik komputer di sebuah Bank Nasional Sweden
telah memperolehi U$ 100,000 selepas dia membantah kelakuan rakan sekerjanya
yg kentot sesuka hati sehingga mengeluarkan bau yang sangt busuk

Goran mendakwa rakannya melakukan perbuatan itu
dengan sengaja tetapi rakannya menafikan tuduhan itu
lantas berlaku pertengkaran yang serius dan berpanjangan
antara mereka, lantas menyebabkan berita ini sampai ke pengetahuan pengarah bank 

Lalu kedua2nya dipanggil untuk mengetahui perkara yang sebenar, rakannya menuduh Goran mereka cerita
dan akhirnya Goran dipecat atas alasan peribadi, akibat tidak berpuas hati dengan
tindakan majikannya itu, Goran membawa kes ni ke mahkamah lantas membuat
tuntutan ganti rugi U$ 100,000

Akhirnya kes Goran menang dan pihak Bank Nasional Sweden membayar
ganti rugi itu. menurut jurucakap bank berkenaan, tiada larangan untuk kentut di bank
tersebut tetapi harus lah mengikut etika yang betul

Moral of the stories : Jaga la adab anda, kentot la ditempat yg sesuai >_<

P/S : Terima Kasih membaca Entry ini sampai habis 


*JANGAN MELAKUKAN AKSI INI!*

Friday, June 24, 2011

Amalan Minum Air kencing

Mesti korang semua geli-geliman bace entry aku ni kan..
ok mari aq tambahkan lagi tahap geli korang tu..
sapa yang nak minum air kencing kan..dah la kotor.
tapi korang percaya tak ramai masyarakat dunia sanggup minum air kencingnye sendiri.
mari kite terjah negara2 yang masyarakatnye masih mengamalkan amalan ini

Di india,amalan minum air kencing atau SIVAMBU KALPA (dalam bahasa india) telah diamalkan 
sejak 5,000 tahun yang lalu..hish2..dasyatkan..tapi tu la kenyataannye..
Menurut bekas perdana menteri India, Morarjibhai Desai pernah meminum air kencingnya demi untuk menjaga
kesihatan badannya. Berdasarkan sumber yang dipercayai beliau meneguk segelas urinnya setiap pagi selama 35tahun bermula ketika usianya 65tahun sehingga berumur 100 tahun

Yang aq peliknya pengamal terapi urin bukan hanya meminumnya tetapi ade sebahagiannya 
menggunakannya untuk rawatan luaran. contohnye di China Selatan gemar 
mencuci wajah bayi yang baru lahir dgn air kencing kerana dipercayai membantu melindungi kulit bayi dari alahan dan penyakit

Di Perancis pula, sarung kaki direndam dlm tadahan air kencing lalu diletakkan pada leher pesakit bagi melegakan radang tekak. Di Rom pula air kencing digunakan untuk memutihkan gigi
dan sebagai peluntur baju

Moral of the story: berkhasiat ke air kencing??


*Sanggupkah korang minum air kencing sendiri untuk sihat????*

*Terima Kasih kerana baca entry ini sampai habis >_<*




Saturday, May 28, 2011

THE FACEBLOG GEMPAK BLOGLIST (JUN)

entah kenape tibe2 jari jemari aq yg seksi ni nak taip entry ni...hahahahahaha....sebenarnye dah xde keje...ape2 pun mai ramai2 tgk :) .kasi gempak ini blog 


Saturday, April 23, 2011

Mak NYAH dan Pengkid .

Hahaha..aku xtau kenape aq nak sangat tulis isu ini..saban hari kite melihat golongan2 ni semakin berleluasa di negara yang kita cintai ini dan pengkid pulak semakin bermaharajalela di MALAYSIA..Mengapa dan bagaimana golongan ini telah menjadi trend pada zaman sekarang ???

Pondan atau lebih dikenali Mak nyah semakin berani menampilkan dirinye yang sebenar dikalangan masyarakat..mengapa golongan ini boleh tercipta?..adakah disebabkan kurangnye didikan agama oleh ibu-bapa atau pengaruh dari rakan sebaya mahupun dari media massa??..Persoalaan ini banyak menimbulkan tanda-tanda  bagi aku..

Dari pemerhatian dan pengalaman aq kemungkinan punca terjadi perkara ini disebabkan kurangnye didikan dan perhatian dari ibu-bapa (bukan aq nak salahkan ibu-bapa taw).kemungkinan si ibu mahukan seorang anak perempuan..tetapi disebabkan tidak dapat menerima suratan takdir yang tuhan telah ciptakan seorang anak lelaki untuk dia..maka si ibu pun mengubah anak lelakinye dengan cara memakaikan pakaian perempuan dan bermain dengan permainan2 seorang budak perempuan..Selain itu..pengaruh rakan sebaya juga mempengaruhi gejala ini dimana ia selalu bergaul dengan rakan2 perempuan hingga mengabaikan rakan lelaki

Pengkid ialah perempuan yang berpakaian lelaki dan berperwatakan lelaki kini telah menjadi trend golongan2 anak muda dan golongan yang sudah berusia..golongan ini juga terpengaruh dengan rakan2 sebaya dan berkemungkinan disebabkan kecewa dengan lelaki..ada sesetengah perempuan yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah kecewa dengan cinta yang telah dihancurkan oleh insan yang bernama lelaki lantas dia tidak berfikir panjang lalu membuat keputusan menukar watak menjadi seorang lelaki

Bagaimana gejala2 ini mahu dihentikan??..adakah kite hendak melihat manusia pupus dimuka bumi ini??.."Melentur buluh biar dari rebungnye"..so ibu-bapa la yang bertanggungjawab memastikan gejala ini dapat dibendung dari awalnye . 

P/S : tempat aku ramai pondan dan pengkid...naik menyampah aku melihatnye..sebab tu la aq menulis entri ini :) 







PENGKID












PONDAN

Tuesday, April 19, 2011

Info terkini

alhamdulilah setelah penat mencari dan meninjau blog2 blogger yg lain . aq berjaya untuk mencari info2 untuk blog aq .huhuhuhuh . .esok pulak aq akan belajar bagaimana hendak memantapkan penulisan aq . .

Never Say Never !!

huh ! .semalam aq mensosialkan diri di ts .bukan the store ok cik limah oi . tapi TIME SQUARE . .hahaha. bukan untuk jual muke atau mengular2 -bak kate ore kelate- . tapi menonton justin bieber-never say never 3D version .memang gempak giler beb citer dia .kecik2 da mule berbakat bermain alat music . peminat pulak jgn ckp la .memang betul2 fanatik+taksub dgn dia .yewla sebab dia da la mude+comey lak tu .ape2 pun movie dia memang best la .nanti kowang curi la mase kowang pergi menonton movie ini ea .:)



Berlakon ??

huh ! .da lame aq xupdate blog aq yg suda lame bersawang ni .maklum la jarang sikit nk on9 . .bak kato makcik den . -mano ehkau hilang kim ? .ponek den cari ha - .^_^ . baru2 ni si kentang aq pergi hadirkan diri ke setia jaya . bukan setiawangsa ok ! .hahahaha .bukan untuk shopping mahupun cuti2 mata tp sajew2 nak "test2" bakat berlakon di sebuah syarikat under MIG disane .alhamdulilah berjaya dye .ya ! kreadit untuk anda . .anda memenangi percutian ke kutub utara sepanjang hayat .kahkahkah . jangan marah . peace . :) . dia dan kawan2 aq ajak aq "test2" bakat aq yg terpendam di laut cine selatan ni . .-cik wani ye yg ckp cmni- . PERSOALANNYE :- mampukah aq melawan darah gemuruh aq ?? .kuang2 . . :)